Recent Posts

Search This Blog

Friday 20 December 2013

TESTIMONI SUFFY GOAT : Alhamdulillah...Hilang Bau Nafas

(Google Image)

ASSALAMU'ALAIKUM

Apa yang dimaksudkan dengan bau nafas ye? Hmm maksud aku di sini, sebelum aku kenal susu Suffy Goat, aku bagi anak aku minum susu Anmum. Awal-awal alhamdulillah tiada masalah dengan susu Anmum. Tapi lama kelamaan masuk bulan ke 5, nafas Adam berbau sikit.

Aku semakin risau, bimbang kalau mulutnya ada infection yang serius yang menyebabkan penghasilan bau tersebut. Hari demi hari aku cuba buat pemerhatian dari segi keaktifan Adam, penerima susu dan macam-macam lagi lah. Alhamdulillah Adam masih minum susu macam biasa, tiada pengurangan dan masih aktif. Malah bertambah aktif.

Terus jumpa doktor.
Doktor Izeta, pemilik klinik Mutiara di Wangsa Maju, jelaskan pada aku, selalunya, bau nafas bayi berpunca dari bau susu yang mengalami fermentasi.Susu yang diminum bayi tertinggal di dalam mulut bayi boleh menyebabkan bau kurang enak.

Pada masa tu, mulut Adam memang ada jugak kesan putih di dinding mulut dan lidah.
Doktor nasihatkan supaya rajin mencuci bahagian dalam mulut Adam menggunakan kain bersih yg dicelup dengan air suam.

Tetapi Alhamdulillah sejak aku bertukar kepada susu Suffy Goat, kesan bau tu semuanya hilang dengan hanya baru 2 hari sahaja. Mungkin setiap bayi berbeza kesannya. Ataupun mungkin hanya kebetulan sahaja bau nafas Adam hilang.

Apa-apapun syukur sangat sebab risiko disebabkan jangkitan kuman mulut Adam berbau tu definitely bukan penyebabnya.
Semata-mata kerana susu terutama sekali bayi yang minum susu formula.
Aku hanya menceritakan pengalaman aku dan Adam sepanjang pengambilan susu Suffy Goat sahaja.

Nantikan tertimonial yang lain di entri akan datang...
terima kasih sudi singgah ke blog ini :)
 

Thursday 28 November 2013

Penulisan Rojak Laman Rasmi Utusan Malaysia


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi warga penulis blog dan pembaca blog....
entri kali ni aku terpanggil nak komen sikit pasal cara penulisan pihak wartawan dari Utusan Malaysia.

Bukan sebab aku pekerja TM atau peminat bola sepak Manchester United, tapi sebab rasa kurang senang dengan media yang memaparkan penulisan sebegini.

Dulu masa aku di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah, boleh dikatakan semua cikgu di sekolah menasihatkan pelajar-pelajarnya rajin membaca surat khabar untuk menjadi penulis yang baik lantas menghasilkan penulisan yang sangat memberansangkan.

Pekerjaan wartawan yang pandai menulis menggunakan bahasa dalam meluahkan apa yang tersirat dan tersurat sangat dibanggakan setiap kali ada masalah dengan subjek Bahasa Melayu Penulisan.

Tapi KINI, adakah semua tu sudah berubah?

Di mana lagi rujukan anak-anak kita selepas ni kalau pihak media sudah ubah gaya penulisan seperti ini?

Surat khabar berilmiah ataupun majalah artis tempatan yang memaparkan publisiti masing-masing?

Hmmm...

Tuesday 26 November 2013

Peta Hidup


ASSALAMU'ALAIKUM

Bak kata Prof.Muhaya, mari kita refleks diri...inshaaAllah semoga kita boleh jadi lebih baik dari hari semalam dan semoga besok lebih baik dari hari ini...Amin 

Tuesday 19 November 2013

Susu Kambing : Nutrisinya Lebih Mudah Diserap







Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 


PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035

Susu Kambing : Cepat Dicernakan


Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 


PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035

Susu Kambing : Disejuk dan Disejuk Beku Tidak Berubah Khasiatnya






Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 


PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035

Susu Kambing : pH Beralkali


Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 


PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035

Susu Kambing : Tinggi Kalsium





Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 



PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035

Susu Kambing : Tinggi Silicon & Flourine


Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 


PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035

Susu Kambing : Riboflavin

Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 

PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035

Susu Kambing : Asid Capric & Caprylic

Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 

PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035

Susu Kambing : Antigen



Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 


PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035

Friday 15 November 2013

Khasiat Susu Kambing





ASSALAMU'ALAIKUM

JOM TUKAR KE PEMAKANAN SUNNAH!

Amalan meminum susu merupakan salah satu sunnah Nabi S.A.W. Hadis mengenasi Nabi S.A.W memilih untuk meminum susu semasa peristiwa Israk dan Mikraj diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad. Rasulullah adalah seorang penternak kambing, dan susu kambing adalah minuman yang sering baginda minum. Nabi S.A.W juga sangat gemar minum susu kambing dengan tamar (al-athyabin - dua yang terbaik).

Fungsi Kalsium Dalam Susu Kambing
Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada susu lembu.

Khasiat Susu Kambing
- Penyakit demam kuning
- Penyakit lemah jantung
- Menyingkirkan toksin dalam kolon
- Merawat penyakit darah tinggi kencing manis serta jantung
- Penyakit migrain/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Membasmi serta melawan sel kanser
- Menurukan tekanan darah dan mengawal degupan jantung
- Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon (sesuai untuk mereka yang susah mengandung)
- Mencegah ibu mengandung dari alahan pagi
- Mencegah penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati seperti hipertisis
- Mencegah sakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Menguatkan daya ingatan serta kecerdasan minda
- Memulihkan tenaga segera
- Menyembuhkan serta merawat penyakit gout,asma,gastrik,ulser,buasir,migrain,insomnia serta senggugut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum di waktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur)

Jangan menggunakan air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air panas 50°C sahaja.

Bagi kanak-kanak atau bayi pula, khasiatnya:
- Menghindarkan dari terkena penyakit kuning
- Memperkuatkan sistem dalaman kanak-kanak serta kekuatan tulang kanak-kanak
- Menghindarkan bayi atau kanak-kanak dari cirit-birit serta kembung perut
- Asid amino di dalam susu kambing menyerupai paras di dalam susu ibu. Malahan disyorkan sesuai bagi bayi seperti yang disyorkan oleh International Expert Group
- Bioaktif - susu kambing menyerupai susu ibu walaupun dalam kuantiti yang kecil. Kepentingannya adalah bagi pertumbuhan bayi yang optimum, kesihatan usu dan juga pertumbuhan otak.
- Baik bagi kesihatan usus bayi
- Susu kambing menyediakan protein yang berkualiti tinggi, asid lemak, vitamin dan mineral yang penting untuk bayi
- Mudah dihadam dan membantu menyelesaikan masalah bayi
- Lebih rendah kesan alahan berbanding susu lembu
- Mencantikkan kulit bayi serta menghindarkan cacing perosak 


Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 


PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035

Suffy Goat - Pemakanan Sunnah





ASSALAMU'ALAIKUM
 

~ Susu kambing yang diformulasikan dengan pemakanan sunnah serta diterapikan dengan terapi ruqyah daripada ayat-ayat syifa' pilihan.

APA KELEBIHAN SUSU SUFFY GOAT DENGAN SUSU KAMBING YANG SEDIA ADA?

SUFFY GOAT adalah merupakan susu kambing organik. Di mana penternakan serta pengawalan makanannya adalah terkawal dari segi sumbernya dan tanpa sebarang bahan kimia atau suplimen tambahan.

SUFFY GOAT, susu kambing keluaran My Suffy Marketing merupakan susu kambing terbaik yang diformulasikan dengan tmbahan MAKANAN SUNNAH seperti KURMA, MADU dan DELIMA. Kemudian ditambah baik lagi dengan KHASIAT RUMPAI LAUT.


Susu ini sangat baik untuk bayi berumur 6 bulan dan ke atas. Malah baik juga untuk ibu-ibu mengandung, meyusukan dan juga golongan dewasa yang mementingkan penjagaan kesihatan. Pakar-pakar pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dan susu kambing HAMPIR SAMA.

Susu kambing mengandungi 3.1% lemaknya sama dengan peratus lemak susu ibu. Dari segi proteinnya pula susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan susu ibu. Kerana itulah pada zaman Nabi SAW, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak.

Sebab itulah juga amalan meminum susu kambing amatlah digalakkan. Hikmah yang cukup besar kerana berpotensi melahirkan anak hebat, cerdik, cergas dan IQ yang tinggi. Insyaallah.

Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 


PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035
 

Wednesday 6 November 2013

Resipi Bihun Goreng Pedas


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hari ni sama-sama kita mencuci mata baca resipi yang aku reka ikut anak tekak lidah yang kadang-kadangpun ada masalah juga tapi sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi kepada sesiapa yang teringin ubah angin makan makanan ikut resipi orang lain pula. Kotlah dah jemu makan masakan resipi sendiri ye tak? (Aku la tu mudah sangat jemu dengan masakan sendiri, maklumlah bukannya chef dapur yang kreatif mereka macam-macam mak nenek resipi ~ sedar diri! hahaha)

Bahan-bahannya:
  1. 1/4 bawang besar - dihiris (aku tak suka guna bawang merah yang kecil tu...hehe)
  2. 5 ulas bawang putih - diketuk, dihiris
  3. 1 biji tomato - dihiris atau didadu
  4. 1/2 batang lobak merah - diparut atau dihiris
  5. sedikit sawi hijau - dipotong kemas
  6. garam secukup rasa
  7. gula secukup rasa
  8. serbuk pati ayam Knorr secukup rasa
  9. Sedikit minyak untuk menumis
  10. 2 sudu besar sos tomato
  11. 1 sudu besar sos tiram
  12. 1 paket bihun
  13. hirisan isi ayam
  14. 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  15. 3 sudu besar cili mesin (aku mesinkan cili kering yang telah direbus bersama sedikit minyak masak)

Cara-caranya:
  1. Tuangkan sedikit minyak untuk menumis ke dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. Sebelum garing, masukkan hirisan ayam, tumis sampai ayam masak.
  2. Masukkan cili mesin, tumis sampai naik minyak dan kemudian teruskan dengan menumis sayur (lobak merah, batang sawi, tomato) sehingga empuk. (TOMATO, aku masukkan awal sebab memang nak ia hancur bersama cili mesin. Tujuan untuk menambahkan rasa masam tomato tu ke dalam rencah selain dari sos tomato itu sendiri)
  3. Sementara tunggu sayur empuk, boleh masukkan gula,garam,serbuk pati ayam secukup rasa. Gaul rata dan masukkan pula sos tiram dan sos tomato.
  4. Setelah sebati dan cukup rasa, masukkan bihun yang telah direndam. Gaul rata bersama daun sawi. Daun sawi dimasukkan kemudian kerana untuk mengelakkan ia terlalu layu.
  5. Apabila bihun goreng anda hampir masak masukkan 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen (aku guna kicap lemak manis sebab sos tiram dan kuantiti garam tadi sudah cukup memberi rasa masin dan akan memberi rasa lemak dan manis ke dalam bihun goreng selain daripada tambahan gula. Tambahan gula hanyalah untuk mengimbangi rasa pedas cili diawal masak tadi). Bergantung kepada individu, sekiranya tidak mahu terlalu gelap warnanya kurangkan sedikit kuantiti kicap anda.
  6. Gaul rata sampai masak dan bolehlah dihidangkan dimakan panas-panas seperti di gambar hiasan.

Selamat mencuba!!

Adam Selsema Batuk Berkahak

ASSALAMU'ALAIKUM

Ketandusan idea nak menaip, ditambah pula dengan kesibukan di pejabat dengan kerja yang membantutkan kepala ni nak update blog. Pun entri tertunggak kali ni untuk bulan 8 yang lepas, entah bila nak update yang terbaru pun tak taulah aku ni kan...

Ceritanya begini...

Asalnya, selsema ni bermula dari encik suami. Dia jarang sekali sakit tapi tiba-tiba satu hari tu dia terkena jangkitan virus selsema entah dari siapa dan dari mana. Aku pulak, kononnya, antibodi kuat inshaaAllah tak berjangkit sebab sebelum ni aku steady je walaupun encik suami terbatuk-batuk bagai. Jadinya tiada langkah berjaga-jaga dilakukan. 

Tanpa sedar, tiba-tiba selepas beberapa hari, aku terasa perit je tekak ni. Haaa sudah! Terjangkit ke apa pulak nih? Soal sendiri. Tak sempat jumpa jawapan, badan sendiri dah tolong jawapkan dengan hidung berair, kepala berat. Ok. Aku terkena virus encik suami.

Lagi silap aku, langkah berjaga-jaga tak terlalu ketat, sewenang-wenangnya aku cium my little pumpkin tu, natijahnya, dia pun terkena sekali lepas tu.

Menyebabkan....Adampun selsema batuk berkahak...




Happy je muka walaupun demam. Haishh..budak kecik nih...

Start dari tu lah aku dengan Adam seolah-olah tak kuat antibodi. Aku asyik terkena selsema je. Adam pula on off juga. Kesian si kecil aku tu. Terbatuk-batuk. Geram dengar bunyi kahak yang tak nak keluar tu. Rasa macam nak tolong korek tekak dia je. Hmmmm...

Dari situ jugalah aku sedar yang antibodi aku tak sekuat sebelum aku bersalin. Jenuh bertanya sana sini, rupanya kebanyakkannya ibu-ibu memang kurang kuat antibodinya kalau tidak dijaga betul-betul.

Ramai yang menasihatkan supaya ambil supplement tambahan. 

Sebenarnya aku ada juga ambik supplement tambahan tapi itulah mungkin tak cukup serasi agaknya. Masih mencari yang sesuai dan serasi.

Bawa Adam ke merata klinik, tak cukup klinik, terus ke hospital swasta. Doktor pakar kata hanya demam biasa tiada apa yang membimbangkan. Bagi ubat cair kahak, ubat batuk dan demam. Cas berganda-ganda. Alhamdulillah company covered. 

Batuk Adam berlarutan sampai berminggu-minggu. Sudah dicuba minyak bawang putih bakar, sampailah ke sapuan bancuhan kapur makan dengan perahan limau nipis.

Tak juga menampakkan kesembuhan dan kelegaan 100%.

Hmmm....apa aku nak buat nih?!

Bersambung dengan entri lain sebab aku nak kena siap-siap balik ambil si kecil tu...

Monday 28 October 2013

Pengasuh Bayi : Pengasuh Adam

ASSALAMU'ALAIKUM

Cerita ni 3 bulan yang lalu. Operasi mencari pengasuh sejurus selepas balik dari berpantang terus diusahakan sebelum aku naik kerja semula. 
Sebelum berpantang pun, even sebelum aku bersalin lagi aku dah mula mencari pengasuh. Kononnya nak booking awal sebelum tempat penuh. Tapi setiap kali aku singgah di setiap rumah pengasuh semuanya jawap, "Haaa bersalin dulu dik. Dah bersalin nanti call akak ye?!" 

Dah gitu katanya, aku pun dah sarat nak bersalin lepas tu, penyakit malas mula meresap dalam badan. Tu sebablah lepas berpantang baru aku mula balik operasi mencari tu. 

Kriteria Pengasuh
  1. Berpengalaman menjaga bayi dari umur 3 bulan sekurang-kurangnya (selalunya lepas pantang 2-3 bulan baru ibu-ibu hantar anak masing-masing kan)
  2. Perempuan (Sudah tentu)
  3. Tidak mengasuh terlalu ramai dalam 1 masa (paling kurang 2 orang bayi sahaja termasuk Adam)
  4. Berdekatan dengan office (in case kalau perlu berkejar ke rumah pengasuh senang aku nak 'berlari')
  5. Keadaan sekeliling yang selamat untuk bayi yang sedang membesar
  6. Pastinya waras (tak mau jadi macam kes dera dalam berita)
  7. Hmmm dah tak ingat sebab terlalu banyak aku rasa...
Mencari punya mencari tak semua ketujuh-tujuh tu pun aku berjaya penuhi. Sebab sebenarnya sangat susah nak mencari yang betul-betul sesuai dan kita yakin dia mampu jaga anak kita dengan baik. Nak sebaik dan sepuas sendiri jaga susah la kan. So, aku tawakal hantar juga kat seorang pengasuh ni di Balai Bomba dan Penyelamat Bangsar. Lebih kurang 700 meter sahaja dari office aku.

(Pengasuh Adam secara rasminya)
Aku tawakal hantar Adam ke situ atas sebab aku berjaya cari lebih baik dari apa yang aku senaraikan di nombor 3. Dia hanya mengasuh seorang saja dalam 1 masa. Kiranya dia mengasuh Adam seorang sahaja. Alhamdulillah.

Tapi selepas sebulan, aku semakin risau apabila kriteria ke-5 agak berisiko. Sebabnya, pengasuh ni ada bela 2 ekor kucing. Huwarghhhh....ada pernah sekali ternampak bulu kucing ada di puting botol susu anak aku...oh tidakkk....!

1 lagi kadangkala, pengasuh ni suka buat Adam macam anak dia sendiri. Ada sekali mungkin dia terlepas cakap bagi tau yang dia ada bagi Adam 4oz air rebusan beras. Tau tak air rebusan beras tu macam mana? Bila kita masak nasi, semasa mendidih, ada air separa jernih keluar dari beras yang hampir masak tu, yang agak pekat tu...ha itu lah air rebusan beras yang diberinya kepada Adam.

Apa perasaan ibu-ibu di luar sana apabila anak kita diperlakukan sebegitu? Tak salah kalau tak membahayakan bayi tu tapi masalahnya sekarang walaupun Adam tak cedera, tapi masa tu Adam belum lagi makan apa-apa semisolid apatah lagi solid food. Sekurang-kurangnya, umur bayi 6 bulan baru perut bayi cukup matang menerima sebarang makanan selain susu ibu atau susu formula.

Mungkin bagi sesetengah pihak sangat menggemari dengan kenyataan ni...
"Alaaa dulu akak bagi anak-anak akak ok je..membesar elok sihat je sampai sekarang..."
Hmmm masalahnya setiap bayi, setiap anak tu sendiri pun berbeza penerimaannya. Tak sama ye kak, makcik. Tolong jangan samakan anak saya dengan anak akak-akak,makcik-makcik sekalian. Hmmm...kalau apa-apa jadi, siapa yang susah? Hmmm..

Aku dan encik suami cuba bersabar, pesan apa patut supaya dia tak ulang lagi dan dengan harapan dia lebih berjaga-jaga dan berhati-hati setiap apa yang dia buat. Kami masih menjaga hati kakak tu.
Kalau orang lain, aku rasa, dah habis kena sound. Hmmm...Ya Allah semoga Kau lindungi anak ini daripada sebarang musibah dan penyakit inshaaAllah Amin.

Kepada para ibu dan bakal ibu atau sesiapa saja yang sedang mencari pengasuh dan penah dengar cerita dari saudara mara mengenai masalah ni, ada pengalaman seperti ni yang sudi berkongsi jangan segan-segan tinggalkan komen. 

Bersambung lagi selepas ni dengan entri yang lain pula...terima kasih sudi baca sampai habis...hehe



Wednesday 23 October 2013

Tempoh Berpantang

ASSALAMU'ALAIKUM

Fuhh...tak tau la pasai apa hari ni aku terlebih rajin menaip pulak. Baru tadi update blog, ni menaip lagi...hahahaha..

Bukan apa, sementara tengah tak dak keja ni, baik aku kumpul balik gambar-gambar lama masukkan dalam blog sebelum aku dah dihumban dengan bertimbun-timbun keja kan.

Bersambung dengan cerita tempoh berpantang (ini pun dikira entri tertunggak juga hehe). Selepas keluar wad dari Hospital Pantai Bangsar, aku sambung berpantang di rumah sewa lebih kurang 2 minggu kot lepas tu balik ke Ipoh, rumah mertua. Proses berpantang macam biasalah bangun pagi mandi air herba, pakai stokin (ni tipu...aku tak pakai pun alasannya cuaca panas masa tu tak apalah tak pakai pun haha tau dek orang tua yang betul-betul jaga pantang maunya aku kena bebel sepanjang 2 bulan berpantang kot kekeke) Ha nih ada beberapa gambar Adam yang aku sempat snap semasa berpantang di Ipoh.

(Baru lepas mandi hehe)

(Ketiduran lepas menangis hehe)
Haaa....tu yang dekat atas tu, 2 gambar Adam masa aku berpantang di rumah mertua. Kecikkk ja Adam masa tu. Gambar pertama, Adam baru lepas mandi. Setiap pagi setiap kali lepas mandi wajib tangkap gambar untuk hantar bagi Abah dia kat KL masa tu. Biasalah kalau Abah dah rindu kat anak kan...mengadalah mintak setiap hari kalau boleh setiap sejam. Hahaha. 

Gambar kedua, baru lepas menangis. Mulanya tidur dalam bilik, tapi tak sampai setengah jam, terus terjaga menangis kuaaaat sangat. Sudahnya haaa...mak mertua aku letak ja dekat sofa depan ruang tamu. Hahaha. Tapi itupun tidur tak lama juga terjaga semula. Biasa la kot baby baru nak sesuaikan diri dengan dunia luar. Dulu dalam perut Mama, gelapppp ja kan. Hehehe.

Ok bersambung pula dengan cerita bercukur rambut Adam. Hehe. Sepatutnya buat masa umur Adam seminggu kan? Ke aku silap?! Tak apalah tapi tulah kira lambat juga kami cukur rambut dia. Yelah asyik keluar masuk hospital ja sebelum tu kan. Alhamdulillah selamat bercukur oleh Abah dia sendiri selama 2 jam setengah time Adam tidur. Habis lenguh tangan aku dukung Adam. Hahaha. Kami tak buatpun majlis berendoi ke apa-apa yang sewaktu dengannya. Buat yang wajib sahaja. Mak mertua aku tolong buatkan pulut kuning dengan rendang ayam kemudian dihantar ke rumah saudara mara berdekatan. Alhamdulillah. Terima kasih Mama dan macam biasa sempat juga aku snap beberapa gambar.

(Botak chin sudahh...hehe)

(Tidur lepas kenyang susu)

(Kemam mulut nak berak ka apa ni? Haha)

(Free style punya tidur)
Selepas 2 minggu di Ipoh, badan dah kuat sikit, barulah encik suami hantar balik berpantang di Perlis pula selama 3 minggu baru balik ke KL. Alhamdulillah selamat tempoh berpantang selama 2 bulan walaupun pada hakikatnya aku taklah begitu ikut sangat pantang larangnya. Hmmm aku rasa sebab ni kot sekarang badan-badan aku selalu sakit. Huhu.

Apa-apapun terima kasih banyak kepada Mama Maznah dan Abah Jamal sudi melayan karenah anak menantumu ini dan tak lupa ribuan terima kasih juga kepada Mak dan Abah aku yang amat aku sayang sebab walaupun Mak penat menjaga Abah yang kurang sihat tapi masih sudi bangun malam jaga cucu, dan Abah pula walaupun tak berapa sihat, sanggup juga bangun malam setiap kali Adam menangis bacakan ayat suci untuk Adam. Alhamdulillah.

Bersambung dengan operasi mencari pengasuh pula lepas ni ye.... :)

Adam Masuk Wad Hospital Pantai Bangsar

ASSALAMU'ALAIKUM

Keja dah siap...terus mengadap blog! Oyeahh! Awalnya siapkan keja..kan? Hehehe biasalah kalau dah semua keja di-automatik-kan..yang manual tinggal berapa kerat ja. Alhamdulillah. Ada jugak masa terluang aku nak mengadap blog kan? 
Ok entri hari ni, entri tertunggak beberapa bulan yang lepas. Almaklum sekarang baru berkesempatan nak update. Mintak maaf lah ye.

Beberapa bulan yang lepas...rasanya bulan 5 (sayangnya tak ingat tarikh sebab 1 hari nanti mesti aku nak bukak balik entri ni apabila aku dah tua hukhuk), selepas beberapa hari Adam keluar dari PPUM, Adam terpaksa dimasukkan ke Hospital Pantai Bangsar pula. Sebab? Hmmm...Adam kencing berdarah masa tu. Sampai di hospital doktor check dia punya darah, gula pulak kurang dalam darah. Terus kena tahan wad.

(Dimasukkan ke tempat heating untuk rawat demam kuning Adam)

(Adam muak susu)
Kesian Adam aku tengok masa ni. Berat Adam pun susut banyak juga masa tu. Aku terlupa apa benda orang panggil alat tu, tapi alat tu digunakan untuk merawat demam kuning Adam. Adam sebenarnya terkena demam kuning juga masa tu tapi separuh badan ja nampak kuningnya. Alhamdulillah tak teruk.
 
(Adam tengah minum susu)
Masa ni nurse tengah bagi Adam minum susu. Susu formula menggunakan cup sebab tak nak Adam keliru puting nanti masa nak breastfeed. Huhu...
(Nurse cuba 'berp'kan Adam selepas menyusu)

Disebabkan Adam kena tahan, aku tak boleh stay di situ bersama Adam di NICU, Adam terpaksa di-topup kan dengan susu formula. Pertama kali, Adam diberikan susu formula. Aku nak pam bekalkan kepada nurse pun, susu badan aku sangat sikit masa tu. Pam pun keluar setitik dua sahaja. Doktor kata amat bahaya kalau dibiarkan terutama sekali untuk kes gula kurang di dalam darah tu. Boleh bagi kesan kepada pemkembangan otak Adam nanti katanya. Disebabkan terlalu risau, aku terpaksa menandatangani borang kebenaran pihak hospital memberikan Adam susu formula.

(Muka happy jumpa doktor)

Selepas beberapa hari, Alhamdulillah Adam semakin aktif semula. Besoknya selepas Adam dipindahkan ke wad, pihak hospital membenarkan aku tinggal bersama Adam. Katil sebelah tu la tempat aku tidur. Hehehe.
(Tengah meneran berak sebenarnya haha)
(Alahai..comelnya Adam masa ni)
Dalam 4-5 hari juga kot Adam ditahan wad. Doktor hanya bagi rawatan untuk demam kuning untuk semalaman, apabila dah dipindahkan ke wad, doktor pantau sikit dengan hanya berikan Adam antibiotik kalau tak silap aku untuk sistem pertahanan badan dia selain daripada aku teruskan menyusu badan.

Alhamdulillah selepas tu Adam kembali sihat seperti baby yang lain walaupun berhari-hari aku menabahkan diri berpantang di hospital dengan keadaan badan yang sangat tak larat tu. Jalan pun terkengkang-kengkang ja menahan sakit tempat jahit lagi. Subhanallah besar sungguh pengorbanan Mak kita dulu kan? :)

Bersambung berpantang di rumah...

Ok dah masuk emel keja, kena sambung buat keja semula...hukhuk

Monday 7 October 2013

Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

(Hasil Google)


ASSALAMU'ALAIKUM

Tiba-tiba aku teringatkan pengalaman bersalin di PPUM. Minggu lepas baru aku upload ENTRI secara ringkas pasal pengalaman aku kat situ tapi hari ni terasa nak taip entri penuh dari awal aku mula masuk wad.

Setelah buat beberapa bacaan dalam beberapa forum, akhirnya aku dan suami mengambil keputusan untuk bersalin di PPUM. Prosedur macam biasa memerlukan kita membuat pendaftaran dan diikuti dengan follow up appointment.

Untuk 6 bulan pertama, aku buat check up di klinik swasta berpanel. Apabila dah masuk bulan yang ke-7, barulah aku mula ke PPUM. Kenapa tunggu kandungan 7 bulan baru pergi?
Sebabnya PMCare hanya cover sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan dan perubatan bermula daripada kandungan 7 bulan sahaja.

PMCare? Hmm sebenarnya aku staf Telekom Malaysia Berhad (TM). PMCare cover segala perubatan dan kos pemeriksaan untuk ibu bersalin dan juga perubatan dan pemeriksaan untuk sakit biasa. Pendek kata, PPUM adalah salah satu panel TM juga

Proses menunggu untuk pemeriksaan tidaklah terlalu lama. Ambil nombor giliran seperti biasa macam dekat bank-bank tu, tunggu nombor giliran, lepas tu bermulalah pula proses untuk mendaftar di stesen jururawat sebelah dalam untuk mendapatkan nombor giliran ke bilik pemeriksaan doktor pula.

Sebelum aku terlupa, di kaunter pertama, bayaran pertama diperlukan adalah sebanyak RM30 dan RM500 untuk warganegara sekiranya confirm nak bersalin di situ. Untuk penjawat awam kerajaan, bolehlah menggunakan GL atau FOC. Aku sebagai staf TM, aku menggunakan GL dari pihak PMCare.

Selepas membuat pembayaran, kita perlu serahkan kepada jururawat bertugas di stesen jururawat sebelah dalam (kaunter kedua).Digalakkan untuk membawa sampel urin bersama-sama untuk mengelakkan kesesakan semasa tunggu untuk pemeriksaan urin. Setiap kali check up, pemeriksaan air kencing atau urin diperlukan termasuklah penambahan berat badan kita.

Keputusan pemeriksaan perlu diserahkan kepada kaunter jururawat (kaunter ketiga). Di situ kita akan diambik bacaan tekanan darah sebelum disuruh duduk di tempat menunggu, menunggu nombor giliran kita naik di board. 

(Tempat menunggu)


Setakat tu so far so good. Semuanya berjalan lancar dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menunggu giliran.

Setiap lawatan untuk pemeriksaan berlanjutanlah sampai ke hari yang dinanti-nantikan.
Tanda darah keluar. Aku terus mengajak encik suami ke hospital setelah aku usai mengemas beg baju.
Nervous?
Alhamdulillah pagi tu aku rasa sangat tenang. Mungkin sebab 2-3 hari sebelum aku dah pun dimasukkan wad sebab baby kurang bergerak. Aku dah cerita sedikit sebanyak dalam entri aku minggu lepas. Hehe.

Sampai saja di tingkat 3, aku disuruh untuk salin pakaian memakai pakaian hospital. Almaklum dah biasa, sekali lagi tenang je aku pun pergi salin baju. Diminta untuk berehat di katil sementara tunggu masa yang betul untuk ditolak masuk ke labor room. 

Contraction bermula setiap 10-15 minit. Sempat lagi aku mengajak encik suami temankan ke surau untuk solat Zohor. Aku bimbang kalau-kalau ditolak ke bilik bersalin, aku dah tak sempat nak ke surau.

Contraction terus-terusan bermula selang 2-5 minit. Fuhh...sakitnya tidak terkira tapi aku cuba bertahan. Terus baca doa Nabi Yunus a.s dengan harapan aku tidak terlalu fokus pada rasa sakit tu.
Sesekali jururawat datang 'seluk' untuk check bukaan. Masih 2 sentimeter. Aku diminta untuk banyakkan berjalan. Walaupun tengah menahan sakit, aku gagahkan juga untuk berjalan dengan harapan cepat bukaan tu bertambah.

Rasa makin sakit makin kerap. Hanya Allah saja tau masa tu. OK rasa sangat sakit. Terus panggil doktor. Doktor perempuan kecil datang 'seluk' lagi. Baru lebih kurang 3 sentimeter. OK lagi 1 sentimeter. Sabar Farah!! Sakit lagi dan sakit lagi! Tahannn...demi anak yang bakal lahir!

Jururawat datang 'seluk' lagi! OK 4 sentimeter! Semua dah siap peralatan terutama sekali kerusi roda untuk menolak aku ke bilik bersalin tingkat atas.

Encik suami tidak dibenarkan ikut masuk. Dari situ aku mula tabahkan hati untuk menempuh semua tu seorang diri di bilik bersalin.

Tak sedar dah panjang rupanya entri aku ni. Hehehe.
Ok bersambung...

Semasa di dalam bilik bersalin, aku diminta baring dan alat ECG di pasang untuk monitor aku punya contraction. Air pun dicucuknya juga sebab bimbang aku dehidrat semasa meneran nanti.
Sakit kat perut tak terhingga dah masa tu. Aku rasa aku dah tertendang-tendang dah bucu katil tu.
Dari jam 5 petang aku tunggu, doktor estimate jam 9 malam, full bukak sampai 9 sentimeter.
Tapi jam 8.15 malam aku dah terasa nak meneran!!!
Nurseeeee!! Dah rasa nak teran nih!
Sabar kata jururawat tu. Belum lagi 9 sentimeter. Tapi aku dah tak daya nak menahan.
Tengah sakit-sakit tu jururawat selak kain aku. Tiba-tiba dia menjerit. 
OK!! BABY IS COMIN'!!!

Dari situlah aku sedar yang aku sudahpun nak bersalin.
Ya Allah Kau permudahkanlah! Kurangkanlah rasa sakit nii..!
Seorang doktor lelaki masuk. Ahhh dah tak kisah laki ke perempuan. Dah sakit nak meneran nih!

Bermulalah proses meneran. Meneran kali pertama salah! Teran kali kedua baru betul. Dapat rasa kepala baby keluar perlahan-lahan. Pushhh! Kata jururawat. Sikit lagiii! Kata doktor.

Akhir sekali Alhamdulillah leganya rasa. Tepat 8.40 malam aku dah terdengar suara menangis.
Alhamdulillah. Aku dah berjaya bersalin normal bayi lelaki seberat 3.08kg. Syukur Alhamdulillah. Padahal masa dok meneran tu aku harap sangat aku pengsan, mungkin doktor boleh lakukan sesuatu untuk bantu aku. Hahaha sebab dah tak larat sangat rasa. Tapi kuasa Allah, Dia tak izinkan aku pengsan, Dia nak aku terus usaha melahirkan anak tu secara normal.

Lega rasa sakit terus hilanggg~
Tapi kesakitan kembali semasa proses menjahit. Doktor kata aku luka banyak.
Aku dapat rasa darah melimpah ruah keluar mengalir. 
Mungkin habuan aku, proses menjahit terlalu lama. Sejam terlalu lama bagi aku untuk menahan sakit yang tak terhingga. Jahit hidup-hidup! MasyaALLAH! Berikanlah aku kekuatan!
Apa-apapun Alhamdulillah semuanya selamat.
Perkenalkan Muhammad Adam Farhan Bin Syazmir.

(My beloved son! The greatest gift from HIM)

Aku rasa cukuplah setakat tu. Sebelum ada bakal ibu di luar sana tak jadi pula nak cuba bersalin normal :) 
Apa-apa kemusykilan bolehlah tinggalkan mesej diruang komen ye :)

Terima kasih setia membaca dari awal sampai habis!

P/S: Sambungan kepada entri ini sila klik SINI

Tuesday 1 October 2013

TRADE-IN SPECIAL (PPSU PIGEON BOTTLES)



ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah hari Ahad lepas tergerak hati nak ke kedai Manjaku. Tujuan asal nak mencari botol susu yang ada tempat pegang. Tetapi ternampak pula special offer dari produk Pigeon. Apa lagi memang aku dengan cik abang terus buat keputusan trade-in botol susu Adam yang lama (Pegion PP bottle). 

Semalampun mintak cik abang pergi trade-in lagi botol yang kedua. Pihak Pigeon menerima apa saja brand botol yang lengkap untuk mendapat harga istimewa botol PPSU mereka.

Wowieeee...! Adam dapat botol baru 2 botol dengan separuh harga!! Kami amat berpuas hati dengan botol susu PPSU Pigeon sebabnya sekiranya anak-anak kita minum pun InshaaAllah tak ada masalah susu meleleh keluar dari mulut, kalau botol terbalik pun InshaaAllah susu tak akan tumpah. Teknologi dari Jepun ni sangat recommended kepada semua ibu-ibu belikan untuk anak-anak.

InshaaAllah kalau ada rezeki lebih aku nak beli botol berpegang pula lepas ni. Hanya RM31+ kurang dari RM40 sahaja.


Produk ni juga sangat sesuai untuk melatih anak anda 3 bulan dan ke atas untuk belajar memegang botol tu sendiri semasa minum susu. Tunggu aku dah beli nanti baru aku boleh bagi komen dekat blog ye :)

Thursday 26 September 2013

5 Bulan Berlalu di PPUM


ASSALAMU'ALAIKUM

Setelah 5 bulan, baru sekarang aku mula menjengah semula blog aku yang dah bersawang nih...Selepas 39 minggu kandungan aku hari tu terus aku mendiamkan diri sebab aku terpaksa dimasukkan ke wad atas sebab musabab bayi di dalam kandungan kurang bergerak (kurang 1 pergerakan je pun dari 10 pergerakan dalam tempoh 12 jam) Aku patut rehat di rumah je sebenarnya, tak perlu ke hospital tapi disebabkan aku bimbang akan keadaan kandungan aku pergi juga ke PPUM.

Aku fikir dah sampai masanya untuk aku bersalin, tetapi selepas 4 hari berada di hospital aku dikeluarkan dari wad untuk berehat je di rumah. Beberapa hari kemudian baru keluar tanda darah. Barulah betul-betul dimasukkan ke wad sampailah ditolak ke labor room pukul 5 petang. Masa tu bukaan sudahpun 4 sentimeter. Aku ringkaskan je lah cerita aku ye. 

Masuk bilik bersalin jam 5 petang, 8.40 malam Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal. Suprisedly! Sebabnya masa di dalam kandungan doktor sendiri tak dapat kenalpasti jantina bayi yang aku kandungkan masa tu. Hehehe...Alhamdulillah syukur kepada ALLAH Taala sebab aku dipanjangkan umur.

Proses berpantang berjalan seperti juga ibu-ibu yang lain. Berpantang di rumah sewa, bergerak ke Ipoh (kampung suami) selama 2 minggu, dan berakhir di Perlis (kampung aku) selama 3 minggu. 2 bulan berlalu macam tu je dan aku rasa terlalu cepat dah nak kena naik kerja semula.

Balik ke KL seminggu awal sebab dalam usaha nak mencari pengasuh anak dan Alhamdulillah jumpa yang sesuai pada masa tu di Balai Bomba dan Penyelamat di Jalan Pantai Baru, Bangsar.

Kepada sesiapa yang ingin tahu pengalaman bersalin di PPUM bolehlah tinggalkan komen di ruang komen. Kalau ada soalannya lebih senang untuk aku memberikan jawapan yang sepatutnya. Tidaklah aku meraban tak tentu pasal ye tak?

Semoga bersambung lagi untuk entri yang akan datang :)

Bersambung di entri INI

Wednesday 28 August 2013

Mosquito Repellent for Kids

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi dan salam sejahtera...hehehe
Memandangkan aku dah siapkan kerja awal, apa lagi aktiviti yang aku boleh buat kalau bukan menaip update blog.

Hari ni aku nak berkongsi pasal Mosquito Repellent for kids. Aku sebenarnya tak pernah tau pun akan kewujudan benda ni. Aku baru dapat tau pun masa pergi beraya ke rumah kawan kepada orang rumah. Kisahnya bermula apabila aku ternampak ada sticker kat belakang anak dia. Ingatkan memang baju budak tu ada corak rupanya sticker untuk menghalang nyamuk atau serangga berbisa menghampiri anak kita.

Balik raya terus kami pergi ke farmasi. Tapi mahal la pulak. 1 bungkusan hanya ada 10 keping sahaja, harganya hampir RM20. Huhh...tak boleh  jadi nih. So, aku pun ambil keputusan cari online. Alhamdulillah jumpa sama sebijik macam dalam gambar di atas tu. 1 bungkus ada 6 keping x 6 stickers semuanya ada 36 stickers berharga RM8.90 sahaja.

Aku berjemaah order dengan kawan office sampai 10 bungkusan dapat percuma 1 keping = 6 stickers dan 4 mosquito repellent berbentuk wrist-band. Alhamdulillah dapat jugak jimat kan.

Kepada sesiapa yang ada anak dan tak pernah tau akan kewujudan benda alah ni macam aku, boleh lah segera mengklik dekat Lelong.my belikan untuk anak-anak ye. Setakat ni Alhamdulillah berkesan jugak la.

Selamat berbelanja! :)

P/S: Sebenarnya ada yang jenis semburan dan losyen tapi untuk kanak-kanak aku prefer menampal pada baju sebab kurang sikit risiko si kecik tu memasukkan ke dalam mulut. Boleh didapati di mana-mana farmasi berdekatan.

Thursday 22 August 2013

Laman KisahMuslim.Com


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...diharap semuanya di dalam keadaan sihat hendaknya...haishh dah serupa aku menaip surat tak rasmi pulak pepagi ni kan...Hehehe

Sebenarnya aku teringin nak berkongsi pasal satu application smart phone dengan anda. Alkisahnya bermula apabila aku kebosanan asyik mengadap Facebook yang dah habis sampai ke bawah aku scroll tapi langsung tak ada yang menarik perhatian aku.
Aku pun terus ke application stores menggatalkan tangan mencari-cari kot ada yang menarik untuk aku download.

Alhamdulillah dah jodoh aku agaknya terjumpalah dengan KisahMuslim.Com. Satu application yang banyak berkongsi cerita mengenai kisah-kisah Islam. Haa..apa lagi cepat-cepatlah download. Boleh juga buat bacaan masa lapang kan?
Kepada yang tidak mempunyai kemudahan smartphone, anda jangan risau sebab anda boleh terus layari laman web mereka di SINI atau dengan mengklik gambar yang tertera di atas dan ada penambahan info. Anda boleh juga mengikuti Kisah Muslim di laman sosial Facebook 'Kisah Muslim'.

Selamat membaca!! :)
Daisypath Friendship tickers