Recent Posts

Search This Blog

Tuesday 16 April 2013

Perubahan Semasa Kandungan 39 Minggu

ASSALAMU'ALAIKUM
Tiba tiba aku terasa rajin pula nak menaip pepagi ni kan...
semalam macam rushing je cara aku update entri.
Hari ni aku cuba update in proper ways sikit.

Benda yang sama juga nak aku sampaikan hari ni. Alhamdulillah aku dah masuk minggu ke 39 dan Alhamdulillah setakat ni kandungan sihat tiada masalah mengikut kata doktor semasa akhir temujanji Jumaat lepas.
Kepala bayi menghala ke bawah dan dah pun engaged. Tapi buat masa ni masih belum ada tanda tanda seperti keluar darah bersama lendir atau air ketuban pecah lagi.
So, sampai ke hari ni aku masih mengaktifkan diri pergi ke tempat kerja macam biasa cuma dengan pergerakan yang amat amat slow. 

Apa yang aku maksudkan dengan perubahan semasa kandungan 39 minggu ni, perut aku dah mula kelihatan strech marks di sana sini walaupun dari awal kehamilan aku dah amalkan menyapu minyak zaitun pada perut aku. Yelah kita hanya merancang Tuhan menentukan segalanya. Tak apa lah, In Shaa Allah lepas ni akan difikirkan macam mana cara nak menghilangkan strech mark tu. 

Selain daripada tu, tidur anda juga akan terganggu atas sebab ketidak selesaan pada perut anda.
Ketidak selesaan yang bagaimana?
Aku percaya setiap ibu mengalami pengalaman yang berbeza dan setiap kehamilan juga berbeza.

Macam aku, di sebelah malam, aku sentiasa merasa perut menegang, mengeras, sesak untuk bernafas seperti biasa, kadangkala sentiasa berangin je perut ni.
Semua tu membuatkan aku tidak selesa untuk baring melentang, mengiring ke kiri apatah lagi ke kanan.
Paling selesa cuma secara duduk.

Itupun kadangkala ikut terus tak boleh nak menyandar langsung.
Huhuhuhu dugaan sungguh dan mencabar sungguh aku rasa.
Agaknya beginilah dulu keadaannya Mak aku semasa mengandungkan aku.
Sekarang aku faham perasaan tu.
Memang kena banyak banyak bersabar.

Lagi satu, pada trimester akhir ini, anda juga akan kerap terasa contraction. Simptom simptom yang aku nyatakan di atas pun boleh dikatakan sebagai braxton hicks. Atau boleh dikatakan contraction palsu, sebagai latihan kepada contraction yang sebenar nanti yang lebih kerap dan lebih sakit dan kuat.

Terasa ngilu di bahagian Miss V anda mungkin juga perkara biasa bagi sesetengah ibu mengandung setiap kali anda bergerak aktif.
Huhuhuhu.

Aku rasa hampir semua ibu mengandung pernah mengalami semua simptom simptom yang baru aku nyatakan ni.
Cuma diharapkan boleh membantu sedikit sebanyak kepada ibu ibu baru di luar sana seperti aku ni.
Jumpa lagi :)

Monday 15 April 2013

Catatan Kandungan 39 Minggu

ASSALAMU'ALAIKUM

Berhabuk sudah blog aku hampir 2 bulan tak pernah nak menjenguk.
Aku kemalasan nak update blog sejak sejak mengandung ni.

Secara ringkasnya, Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke 39. Tinggal seminggu je lagi untuk tiba ke EDD aku iaitu dijangka pada 23 April 2013 nanti.

Perasaan pada ketika dan saat ini, tak payahlah ditanya lagi sebabnya memang perasaan tu bercampur baur antara nervous, tak sabar dan macam macam perasaan ada.
Aku akhirnya membuat keputusan untuk bersalin di PPUM atau dalam perkataan panjangnya Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor.

Check up setiap minggu pun sudahpun bermula di hospital tersebut hampir 5 kali dah.
Alhamdulillah sepanjang pemeriksaan kandungan berada dalam keadaan baik, pergerakan janin juga Alhamdulillah baik.

Tahap kesihatan ada pasang surutnya kerana pada peringkat ini, tidur anda akan kembali terganggu sepertimana anda di trimester pertama.
Aku sendiri pun hampir setiap malam tidur tak lena asyik berulang ke bilik air selang sejam dan kadangkala aku terpaksa tidur sambil duduk. Ketidakselesaan pada perut membuatkan aku tak boleh tidur dengan lena. Tapi tak mengapalah, semua itu satu pengalaman yang tak akan aku lupakan seumur hidup aku. Sesuatu yang sangat bermakna walaupun keletihan yang amat sangat terasa di setiap sudut badan.

Apa apa pun, minta maaf kalau entri aku kali ni agak pendek. Seperti yang aku bagi tahu awal awal tadi, secara ringkasnya, ini saja coretan yang aku mampu taip dan diharapkan semuanya berjalan lancar, selamat semuanya sepanjang proses kelahiran.

In Shaa Allah.
Semoga aku sihat sihat sentiasa sementara menunggu kelahiran si comel di dalam rahim ku ini.

Doakan aku!! In Shaa Allah :)
 


Daisypath Friendship tickers